top of page

                        Langkawi Geopark adalah nama baru pulau peranginan Langkawi. Langkawi Geopark merupakan satu jenama terbaru bagi menggambarkan keunikan taman geologi dunia di keseluruhan pulau Langkawi. Pelancong pencinta alam semulajadi dan geologi pastinya kagum dengan geopark yang terdapat di Langkawi. Langkawi diiktiraf sebagai geopark ke-49 di dunia dan pertama di Asia Tenggara oleh UNESCO.

                        Langkawi Geopark telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan , Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-52.Tiga pakar geologi UNESCO dari Ireland, China dan Perancis yang membuat penilaian di Langkawi mengakui keunikan geopark di Langkawi. Mereka diketuai oleh Dr. Margarete Patzakdari Perancis, Dr. Patrick McKeever (Ireland Utara) dan Prof. Zhao Xun dari China. Antara lokasi tinjauan mereka ialah di Kilim Geoforest Park di sekitar Kilim danTanjung Rhu, Pulau Dayang Bunting, Wang Buluh (Pulau Tuba) serta menghadiri acara kebudayaan di Laman Artis dan Kuala Triang. Mereka berada di Langkawi dari 29 Mac - 2 April 2007.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu menjadikan jenama Langkawi Geopark dapat menarik jutaan pelancong ke Langkawi. Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Kamarulzaman Abdul Ghani menyatakan jenama ini cukup berkesan untuk menarik pelancong sebagaimana geopark di China.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Tenaga, Penerangan, Teknologi Maklumat Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Nawawi Ahmad menyatakan LADA bersiap-sedia selama 11 tahun untuk tujuan ini.

Ekspedisi Saintifik dan Khazanah Alam 2003 di Langkawi diketuai Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab. Seramai 150 saintis, penyelidik dan sukarelawan dari universiti tempatan menjalankan kajian dan pengumpulan data meliputi aspek geografi, sumber alam semula jadi, flora dan fauna, ekologi, tanah dan mikrobiologi.

                         Terdapat 35 spesies lumut dan 44 spesies rumpai mikro ditemui di sekitar kawasan Teluk Datai. 17 spesies cengkerik hidup turut direkodkan.Spesies ketam batu ( Geosesarma Foxi) yang hampir pupus telah ditemui di Gunung Raya. Ketam batu ini pernah direkodkan oleh B.H. Buxton juga di Gunung Raya pada 1914.Spesies ikan air tawar Angulia Marmorata yang dikatakan lebih 40 tahun tidak ditemui telah dijumpai di kawasan Temurun dan Telaga Tujuh.

Spesies tumbuhan yang tidak terdapat di kawasan lain di Malaysia terdapat di Langkawi. Antaranya ialah cycas clivicola (pokok bogak), paphiopedilum niveum (orkid), lagerstraemia langkawiensis (pokok bungor), globba fragilis (halia), asparagus vacemosus (asparagus liar), maxburettia gracils (pokok palm) dan hymenodictyon excelsum (kopi).Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad mengesahkan kajian tersebut.

Langkawi merupakan lokasi formasi batuan tertua di Asia Tenggara berusia lebih 550 juta tahun dan batu ‘dropstone’ berusia satu bilion tahun boleh didapati.Tambahan pula Langkawi mempunyai 99 buah pulau yang romantik dan diselubungi pelbagai misteri legenda . Sudah pasti Langkawi dapat menyaingi pulau Bali dan Phuket.

                         Pulau Langkawi seluas 478 km persegi merangkumi 99 gugusan pulau. Sebenarnya terdapat 104 buah pulau . 99 buah pulau sebagai satu gimik sahaja. Statusnya sebagai pulau bebas cukai akan merancak pemnbangunan pelancongan di zon NCER.

Sejak 1996, Lada bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkaji dan menilai keunikan warisan tinggi .

  • Machinchang Geoforest Park - kawasan kambria berusia 450 - 550 juta tahun - yang memiliki batu tertua serta bukti sejarah awal usul bumi Malaysia dan Asia Tenggara.

  • Geoforest Park Kilim mempunyai landskap karst (batu kapur) yang unik dan antara yang terindah di dunia hasil hakisan serta cuaca .

  • Geoforest Park Dayang Bunting mengetengahkan marmar antara yang terbaik di dunia.

Langkawi Geopark Keunikannya :

017.4212477 /  019.5413299  

Hubungi Saya Segera  :
Hubungi Kami :

Hubungi Kami Untuk Mendapatkan Harga Sewaan Istimewa

Ibu pejabat kami di Kuah Langkawi yang juga meliputi kawasan-kawasan tersebut bagi perkhidmatan sewa kereta :

Kawasan Penguasaan Kami :

Pulau Tuba
​
Kuala Teriang
​

Pantai Chenang
​
Seluruh Langkawi

Padang Mat Sirat

​

Ayer Hangat

 

Chandekura

​

Ulu Melaka

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • google+

​© 2023 by Moving Company. Proudly created with Wix.com

Success! Message received.

bottom of page